Pages

October 25, 2014

The Sweet Escape: Ke Pangkor Kite

Assalamualaikum wbt

Berhabuk bersawang dah blog ni..kesian kt dia..terabai buat sekian lamanya...Ok untuk hidupkan kembali blog ni..kita mulakan entry pasal cuti-cuti Malaysia.

This time our destination is Pangkor Island, Perak. Kami spent 2 hari 1 malam jer kat sana..
Untuk ke Pangkor, ada dua jeti tau..satu Jeti Lumut satu lagi Jeti Marina Island. Kami ambik feri dari jeti Marina..10 minit jer dah sampai pulau..Harga tiket pulak Rm10 seorang utk pergi dan balik..Bagi yang first time nk ke Pulau Pangkor, kena daftar keahlian dulu..Fee pun Rm10.

Sampai kat Jeti Pangkor, kami sewa motor. Kos sewa motor untuk sehari Rm30. Kami main redah jer ni..hotel pun x booking..tapi kt cni byk resort dan hotel, kebetulan kami pergi sehari sebelum cuti depavali, jadi xde masalah la untuk hotel.. Sebelum tu ada laa google hotel mana yang ok dan x mahal. Kami stay kat Budget Beach Resort, Teluk Nipah. Kat Teluk nipah ni ada byk resort dan hotel. Pastu byk kemudahan, kedai mkn, kedai runcit pun dekat. Rate per nite Budget Beach Resort ni RM75.

ni la bilik kami


Setel check -in, kami terus p pantai..nak snorkeling and island hopping. Kami 3 beranak ambik speed bot kecik jer and tambangnya RM50.




Kat cni untuk snorkeling ada satu checkpoint jer..tak mcm kt perhentian...
Abg bot bawak kami pusing2 tgk sekitar pulau pangkor..Apa yang uniknya Pangkor ni, kt cni ada batu yang berbentuk kepala ikan paus, kepala buaya and penyu.

 Batu berkepala paus
 yg ni pulak kepala buaya
kepala penyu + tgn kanan penyu+body penyu ada separuh

Kt cni nak mandi manda boleh la..tp xde ikan..xleh nak skodeng nemo dan family

 The snorkeling spot



Air kat cni tak sebiru seturqoise sehijau kat Perhentian..tapi not bad laa..tapi memang lagi heaven Perhentian. Bagi yang first time nak pergi bercuti ke pulau, better p Perhentian..memang tak tercapai dek akal la kecantikannya..ni kami belum pegi pulau kat Sabah..kat sana org ckp lagi laa cantik....Kalau tgk cite MJATS, episod Mel dgn Luq p Mabul tu, cantiknya ya ampun..Subhanallah..

Buat si kecik ni..asal dpt main air seronok bebenor dh...

Dah puas hati snorkeling..mandi manda..maka berangkat pulanglah kami ke pesisir pantai...Time to look around the island...Pangkor ni x besar sgt..lebih kurang sejam jgk laa nk tawaf pulau ni..Jalan kt cni bersimpang siur..berhati2 la di jalan raya..

On the way pusing2 pulau, kami singgah di Kota Belanda






Pastu kami singgah kat Batu Bersurat..tapi gambar xde..xsnap pun...Seronok meronda, tetiba hujan, stop la kejap sambil isi perut..Makanan kat cni x mahal..jimat la kos utk makan.

Nasib baik hujan jap je..boleh la sambung meronda pulau..






Badan pun dah penat, seharian beraktiviti, kami balik bilik..take a rest..nnt senja nak tgk sunset plk...
Tapi xde rezeki la plk..hujan lebat sampai ke malam..

Esoknya..tgh hari kami check out and feri pun kami ambik yg tgh hari..Kami xbeli pun apa2 kat pulau..leceh la nk bwk brg..lagipun kat jeti  seberang sana pun ad jer ikan kering, sotong kering, ikn bilis mata biru..Harga pun org ckp lagi murah berbanding kat pulau.


Berakhirlah percutian kali ini..tapi  x sebest bercuti kat Perhentian...
Daaa..till we meet again !!





 
Images by Freepik