November 2, 2014

Now You Are A Mother

Assalamualaikum wbt

Today..sy nk share psl satu buku ni..buku psl ibu dan anak..tjuknya #nowuramother...Anak nk msk 2 org br terjumpa buku ni...sy beli buku ni kt instagram...searh je #nowuramother...nnt blh pilih la nk beli dgn ig shop yg mn..sy beli kt ig akak amrina aziz...

Buku ni story from A to Z about baby and mother but more to baby la...Banyak info yg berguna dan boleh dijadikan panduan bagi ibu muda mcm sy...

Ni la ghupa buku itu





So..cpt2 beli..confirm xrugi..boleh jugak dijadikan hadiah utk bakal ibu....


Till then...sayonara

October 25, 2014

The Sweet Escape: Ke Pangkor Kite

Assalamualaikum wbt

Berhabuk bersawang dah blog ni..kesian kt dia..terabai buat sekian lamanya...Ok untuk hidupkan kembali blog ni..kita mulakan entry pasal cuti-cuti Malaysia.

This time our destination is Pangkor Island, Perak. Kami spent 2 hari 1 malam jer kat sana..
Untuk ke Pangkor, ada dua jeti tau..satu Jeti Lumut satu lagi Jeti Marina Island. Kami ambik feri dari jeti Marina..10 minit jer dah sampai pulau..Harga tiket pulak Rm10 seorang utk pergi dan balik..Bagi yang first time nk ke Pulau Pangkor, kena daftar keahlian dulu..Fee pun Rm10.

Sampai kat Jeti Pangkor, kami sewa motor. Kos sewa motor untuk sehari Rm30. Kami main redah jer ni..hotel pun x booking..tapi kt cni byk resort dan hotel, kebetulan kami pergi sehari sebelum cuti depavali, jadi xde masalah la untuk hotel.. Sebelum tu ada laa google hotel mana yang ok dan x mahal. Kami stay kat Budget Beach Resort, Teluk Nipah. Kat Teluk nipah ni ada byk resort dan hotel. Pastu byk kemudahan, kedai mkn, kedai runcit pun dekat. Rate per nite Budget Beach Resort ni RM75.

ni la bilik kami


Setel check -in, kami terus p pantai..nak snorkeling and island hopping. Kami 3 beranak ambik speed bot kecik jer and tambangnya RM50.




Kat cni untuk snorkeling ada satu checkpoint jer..tak mcm kt perhentian...
Abg bot bawak kami pusing2 tgk sekitar pulau pangkor..Apa yang uniknya Pangkor ni, kt cni ada batu yang berbentuk kepala ikan paus, kepala buaya and penyu.

 Batu berkepala paus
 yg ni pulak kepala buaya
kepala penyu + tgn kanan penyu+body penyu ada separuh

Kt cni nak mandi manda boleh la..tp xde ikan..xleh nak skodeng nemo dan family

 The snorkeling spot



Air kat cni tak sebiru seturqoise sehijau kat Perhentian..tapi not bad laa..tapi memang lagi heaven Perhentian. Bagi yang first time nak pergi bercuti ke pulau, better p Perhentian..memang tak tercapai dek akal la kecantikannya..ni kami belum pegi pulau kat Sabah..kat sana org ckp lagi laa cantik....Kalau tgk cite MJATS, episod Mel dgn Luq p Mabul tu, cantiknya ya ampun..Subhanallah..

Buat si kecik ni..asal dpt main air seronok bebenor dh...

Dah puas hati snorkeling..mandi manda..maka berangkat pulanglah kami ke pesisir pantai...Time to look around the island...Pangkor ni x besar sgt..lebih kurang sejam jgk laa nk tawaf pulau ni..Jalan kt cni bersimpang siur..berhati2 la di jalan raya..

On the way pusing2 pulau, kami singgah di Kota Belanda






Pastu kami singgah kat Batu Bersurat..tapi gambar xde..xsnap pun...Seronok meronda, tetiba hujan, stop la kejap sambil isi perut..Makanan kat cni x mahal..jimat la kos utk makan.

Nasib baik hujan jap je..boleh la sambung meronda pulau..






Badan pun dah penat, seharian beraktiviti, kami balik bilik..take a rest..nnt senja nak tgk sunset plk...
Tapi xde rezeki la plk..hujan lebat sampai ke malam..

Esoknya..tgh hari kami check out and feri pun kami ambik yg tgh hari..Kami xbeli pun apa2 kat pulau..leceh la nk bwk brg..lagipun kat jeti  seberang sana pun ad jer ikan kering, sotong kering, ikn bilis mata biru..Harga pun org ckp lagi murah berbanding kat pulau.


Berakhirlah percutian kali ini..tapi  x sebest bercuti kat Perhentian...
Daaa..till we meet again !!





August 25, 2014

Ilham Eusoff vs Peanut

Assalamualaikum

Lama bebeno x update blog...Mood nak menulis dah ke laut..ni baru balik ke daratan..hehe..
This time nak cite pasal my little caliph...Pasal dia dan peanut butter...One fine day tetiba rasa nak mkn roti dgn peanut butter..roti dah ada,  peanut butter jer xde..so petang tu keluar and singgah la kedai ..

Sampai jer rumah terus terkam la roti dgn peanut butter tu, si kecil ni pun sibuk sekaki nak mkn jgk..maka makan la kami dua beranak..tapi Eusoff makan sikit jer..pas makan dia tidur sampai lah keesokan harinya.

Pagi tu, untuk breakfast bagi la dia makan roti+peanut butter sebab semalam dia mkn sikit jer..habis la jgk sekeping roti dia makan.. Settle makan kemas apa yg patut kat dapur, tetiba Eusoff masuk dapur sambil garu-garu kaki..Ingatkan kena gigit nyamuk sebab malam tadi pun dia asyik menggaru jer. Tengok2 habis satu badan naik ruam merah. Si kecil ni plk asyik nak menggaru jer..Miang la kot..cepat2 mandikan dia..bagi dia main air lama2 ckit..Lepas mandi ruam mcm dah berkurangan..Dia pun dah x menggaru and siap boleh tidur dengan nyenyak tengah hari tu...Saya pun boleh masak tgh hari tu dgn aman..

Dah siap masak, masuk bilik tgk2 badan Eusoff dah merah balik..muka pun naik ruam jgk..makin bayak dari pagi td..Dia pun dah terjaga sebab x selesa, gatal badan...Ubat sapu masa dia naik campak hari tu xtau letak kt mn dah, so terpksa la fikir inisiatif lain nk hilangkan miang tu..nasib baik ada bedak sejuk..taruk je la bedak sejuk tu kat badan dia..bila bedak sejuk tu kering, menangis la plk si kecil ni tgk badan dia putih semacam jer..tangan plk xberhenti nak menggaru jer..Nak x nak kena bawak p klinik jgk la ni..

Bila jumpa doctor, doc tanya ada demam tak sebelum ni..Kalau anak ad demam panas, akan naik ruam jgk bila demam dah kebah..Eusoff xde demam pun..ada mkn apa2 x sebelum naik ruam ni..last food yang dia makan roti dengan peanut butter jer la..and this is first time dia makan peanut. So doc bgtau, maybe puncanya peanut. Kadang-kadang  sukar untuk pastikan anak kita ni alergi dengan sesuatu makanan..nak try and error nnt kesian plk kat anak.. So bila first time nk bagi anak mkn sesuatu mknan tu kena ingat la.


Nasib baik  alergi Eusoff dengan peanut ni xteruk sampai mengganggu sistem pernafasan..just alergi kulit jer..but doc bgtau org yang alergi dengan peanut ni akan seumur hidup xboleh makan peanut..Sabar la anakku yer..xboleh mkn peanut pun xpe la..asalkan boleh makan nasi syukur alhamdulillah!!!

Ilham Eusoff vs Peanut



August 5, 2014

EID MUBARAK 2014

Assalamualaikum dan salam Syawal!!!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Batin

Berakhir sudah Ramadhan..semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik utk bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan..Amin...

Tahun ni kami masih beraya bertiga..Feel still sama jer..and raya tahun ni pun anak kena selesema jgk..memang bad mood la sepjg raya pertama tu..nak berdukung jer beliau...


si comot di pagi raya

Salam syawal dari saya ilham eusoff

June 26, 2014

Ramadhan Datang Lagi!!!!!

Assalamualaikum and Ahlan Wasahlan to my blog!!!

Kaifahaluka/ki???
Waaa..speaking arab tetiba..fefeeling nak sambut ramadhan la ni..In sya Allah Ahad ni puasa la kite semua..harap2 tahun ni boleh la pusa penuh..sejak kawen ni dh 2 thn dpt puasa penuh..Alhamdulillah...
Semoga ramadhan kali ini kite diberi kesihatan yang baik dan kelapangan untuk melakukan ibadah..

So, selamat menjalani rukun islam yg ke 3 kepada muslimin dan muslimat!!!



June 14, 2014

Terbang Tunduk

Hi and Salam!!!


Pelik jer tajuk lagu ni..first time dgr kt WHI..life performance by fynn jamal..suara dia sangat2 mendamaikan..Lagu ni liriknya sangat bermakna dan mesejnya sangat berkesan dan terkesan di hati sanubari..tetiba feeling jadi org2 puisi la plk..hehe..

Dengarlah TERBANG TUNDUK by FYNN JAMAL




June 13, 2014

Ada Apa Dengan Kaki Tangan dan Mulut????

Assalamualaikum uoolss!!!

Cuti sekolah dah nak habis!!!!Kalau jadi budak sekolah confirm rasa x syok..xleh nak bangun lambat dah..Xleh tgk cite kartun pagi2..ni la yg sy pernah rasa masa jadi budak sekolah..First day sekolah bukak memang x seronok laa..Tapi bila dah dapat jumpa kawan2 satu geng baru rasa bahagia datang kembali...

A few days ago my little prince terkena virus kaki tangan dan mulut..nasib baik tak teruk sangat..satu hari satu malam jgk la dia merana xboleh tidur..xboleh nak makan...Bila anak tak tido, ibubapak dia pun sama2 xleh tido..poning kepalo den bila x cukup tdo.
Malam dia x boleh tido tu, tak perasan lagi ada ulser kat lidah..rasa pelik jer, nape dia x nak menyusu..nak tidurkan dia kena dukung..bapaknya la mangsa dukung..beliau berat..memang xlarat la mamanya nak dukung lama-lama. Dia start meragam pukul 1.30 pagi sampai la matahari terbit...menangis jer..sebab x larat nak dukung, bawak la pusing2 naik kete round2 kampung..tido pun dalam kete jer..duk dalam kete ok la plk..xde meragam..dalam hati bajet anak ni saje je ni..nak tunjuk perangai baru..nak org bawak dia jalan2 jer..tak nak duk dalam rumah...

Dia tidur jap je, bangun2 sambung balik menangis..masa dia tgh bukak mulut meraung2 tu la baru perasan ada ulser kat lidah..Kami bawak pi klinik and doctor check ada simptom kaki tangan dan mulut. Kat tapak kaki ada blisters,  ada ulser kat lidah..nasib baik anak tak demam jer..Mengikut kata doktor, virus ni tak bahaya, memang x de vaksin untuk prevent penyakit ni and very common among kids below 4 years old.  Dalam tempoh 4-5 hari akan hilanglah blisters and ulser tu..Penyakit ni berjangkit tau, so kalau anak stay kat nursery chances utk terkena virus ni agak tinggi. Nothing to worries bak kata doktor, paling teruk pun pesakit akan dihidrate sebab xmakan minum..So nak kena bagi anak minum air banyak2 la utk avoid dari dehidrasi. Tapi kalau dah nampak makin teruk tu, kena bawak p hospital cepat2.

Hari kedua my son dah ok la..dah boleh menyusu and makan..Hari ketiga baru la ulser kat mulut tu hilang. Memang menguji kesabaran la bila anak sakit..xboleh nak makan or minum. Kita pun akan sama2 penat bila anak xboleh nak tidur. Itulah asam garam menjadi ibubapa. Sekarang baru tau bukan senang nak membesarkan anak ni. Macam2 karenah dan ragam kena hadapi. Ni baru anak sorang dah rasa susah...

Apa-apa pun, sama2 la kita berdoa supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaALLAH!!!

     




May 24, 2014

Dancing With Fire

Hai..hai..hai...Assalamualaikum....

Sape yang pernah tgk fire show kat Perhentian? Perasan tak org yg performed tu foreigner..bukan org kita..i wonder jgk laa diaorang ni cari makan kat cni dgn main api tu ke???ke tourist yang lama bebenor stay kat sana sampai tak nak balik rmh sendiri..boring-boring diaorang buat show malam2...

Memang kat sana lebih ramai foreigner dari org kita..Sampai ada yang berkahwin dengan org pulau sebab seronoknya stay kat pulau...boleh berjemur, scuba diving, swimming, snorkeling...And kalau mat saleh and minah saleha ni berjemur, diaorang ni bukannya berangan kosong je, confirm ada je buku yang menemani mereka..Yang ni boleh puji la..memang membaca dah jadi budaya dan gaya hidup mereka. My late father in law  pun suka membaca, dalam almari rumah ni mmg penuh dengan koleksi bukunya..Respect betul la dengan mereka yang hobinya membaca ni.

Antara koleksi buku-buku FIL
Forest gump in Danish version

Back to the topic..the fire show, ingat senang ke nak golek2, pusing2 api tu..api yang panas membara..silap langkah terbakor la rambut tu..semasa diaorang buat show tu, akan ada la org yg akan collect money, kalau nak bagi pun boleh,, xnak bagi pun xpe..Macam org baskin la kan, if rasa nak bagi duit, up to u la..yg penting kita enjoy the show!

Mostly org yg tgk show ni layan shisha..xpun minum-minum jer bagi yang tak bershisha..Kalau nak tgk dgn dekat org main api tu kena jadi pelanggan kat kedai tu la.. First nite kami kat sana, beside the fire show, ada jugak fireworks but the second nite xde pulak.

Last but not least..Enjoy this video!!





May 22, 2014

Makan Angin: Pulau Perhentian Episod 3


Rise and shine Perhentian!!! 


Malas nak berceloteh panjang-panjang, jom kita sambung alkisah percutian pulau perhentian. Hari kedua kami di perhentian kami snorkeling!!! Pakej snorkeling ni Rm50 seorang untuk 5 checkpoint. Boat dtg ambik kt Long Beach pukul 10.30 pg. Sebelum bertolak tu kami siap2 breakfast and tapau mknan utntuk si kecil ni..

 makan x mau..cbuk nak main pasir jer



Untuk snorkeling ni group kami seramai 13 orang jer..First check point is Romantic Beach...Kat cni coral biasa2 jer..






Then, next stop is light house..tgh2 laut uoolllsss..bagi yang terer swimming and nk try jd pandalela blh la
 mencuba nasib...






Dah puas buat aksi terjun-menerjun, next checkpoint is sekodeng penyu. Air kat Turtle Beach ni tersangat lah biru...Kami nampak penyu masa dlm boat..bila ramai-ramai turun, penyu pun pegi menyorok..tak dapat dikesan oleh radar dah!



Puas jgk la Mr Boatman menyelam carikan penyu untuk kitaorang, tapi penyu kat cni pemalu..xmau kuar dah...Dah puas main kat Turtle Beach, destinasi seterusnya ialah Shark point..Air kat cni color hijau..memang berbeza la dengan air kt Turtle & romantic beach tu..

Shark Point
Si baby shark..Mr & Mrs shark xsempat nak snap picca...

Makanan Family Shark



Setel tgk2 shark..kita p mandi ayak tawar plk...Memang nikmat la bila dpt mandi air sejuk beku ni.. Kat Lata Air Berani ni ada mata air..Air mata ni org ckp blh bt ubat..ubat apa x tau la..Kepercayaan sesetgh org.







Sebelum balik Long Beach, kami singgah makan kat Kampung Nelayan...Perut memang lapar la..penat main air..(sy xmain sgt pun..penat duk dlm boat jer..hehe)

Sampai bilik jer terus rebah..penat, panas semua laa. Sebelah malam pulak, kat Long Beach ni memang happening..ada fire show..mat saleh and minah saleha yang performed.



Our dinner








Mat saleh and minah saleha main-main api


Esoknya, kami ambik boat tgh hari untuk balik ke jeti...Boat untuk balik jeti ada 3 kali je sehari iatu 8 am, 12 pm and 4pm..Kalau rasa x puas lagi pusing-pusing, boleh la ambik boat seblh ptg...Berakhirlah percutian kami kali ni..next vacation tak tau lagi nak pegi mn....




Sayonara Perhentian!!!
 
Images by Freepik