April 15, 2014

UBAT OH UBAT

Assalamualaikum wbt

My darling tak berapa sihat a few days  ni...demam dh ok..batuk and selesema pulak melanda diri beliau..Asyik merengek and nk kena dukung jer..lenguh la bahu sayang oiii..kuasa manja meningkat sepuluh kali ganda kalau dia tak sihat!

 13/4/14  dah ok la ckit..dh start nk mengaktifkan diri


Bila anak tak sihat, of coz as a parent apa yang terlintas di fikiran adalah untuk memberi ubat kepada anak...BUT kalau anak selesema atau batuk atau kedua-duanya sekali JANGAN bagi ubat batuk atau selesema kepada anak yang berumur bawah 2 TAHUN!!!

haaa??? tak boleh bagi ubat..takkan nak biar macam tu je???

Menurut apa yang diberitahu oleh doktor pakar kanak-kanak kepada saya, ubat batuk tidak akan menghilangkan atau menyembuhkan batuk kanak-kanak yg berumur 2 tahun ke bawah..Kalau bagi ubat akan memudaratkan kerana seperti yang kita sedia maklum ubat batuk membuatkan kita mengantuk apatah lagi bagi anak kecil ni..Bila diaorang asyik tidur je, bila masa pulak untuk minum susu, makan..dan bila kurang minum, akan dehidrate.Tambahan pula kanak-kanak yang batuk ni akan memuntahkan balik apa yang dimakannya. Situasi ini akan melemahkan lagi badan si kecil kerana air sangat penting bagi badan kita.
Doktor ada bagitau boleh jer bagi madu, tapi dalam kuantiti yang sedikit, lagipun my baby belum 2 tahun lagi.

Kalau anak selesema plk, jalan penyelesaian yang paling mudah ialah dengan menyedut hingus.

Tubuh badan si kecil perlu belajar untuk melawan segala macam virus..barulah daya tahan tubuh mereka menjadi kuat dan hal ini perlu dilatih tanpa bantuan ubat. Biarlah antibodi tubuh menjalankan tugasnya dengan jayanya dan kalau melarat jugak, barulah kita boleh dapatkan bantuan si ubat dengan bimbingan dan nasihat dari doktor.

Untuk rujukan dan maklumat yang lebih sahih, boleh rujuk link kat bawah ni saya ambik kt website FDA (Food and Drug Administration)



P/S: my boy dah ok dah..2hari 1 malam jgk laa dia batuk sampai tak boleh tidur..macam2 petua jgk laa kami try antaranya sapu campuran kapur dan asam limau kat dada, leher and belakang..Kapur tu jgn letak byk,nnt panas plk...

Till then, sharing is caring ('',)

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik